Syamille Agro Farm & Resort
Lari dari hiruk-pikuk bandar dan temui kedamaian sebenar di Syamille Agro Farm & Resort – destinasi agropelancongan yang terletak di persekitaran semula jadi yang tenang di Kuala Kangsar, Perak. Menawarkan pengalaman menyeluruh merangkumi penginapan, pertanian, ternakan, rekreasi alam, dan sajian tempatan, semuanya disediakan dengan penuh integriti, etika dan nilai-nilai Islam.
Kami bukan sekadar menyediakan tempat untuk bercuti, tetapi mencipta ruang yang selesa, bersih dan berlandaskan syariah untuk keluarga, sekolah dan organisasi yang ingin mendekati alam sambil mengekalkan prinsip kehidupan Islam.

Keistimewaan Syamille Agro Farm & Resort

Resort dikelilingi alam semula jadi yang menenangkan

Konsep penginapan patuh syariah, sesuai untuk keluarga, rombongan sekolah & program korporat


Mini zoo, kolam ternakan ikan air tawar & kawasan buah-buahan tropika


Aktiviti alam: jungle trekking, BBQ, mandi sungai & lawatan ternakan

Dewan serbaguna untuk pelbagai acara (bengkel, seminar, kursus, majlis tertutup & aktiviti sekolah)

JENIS PENGINAPAN

BILIK CHALET
Maksimum 4 orang
Harga
RM120 – RM 150 sehari
Harga Promosi
RM 100 – RM 120 sehari

BILIK DELUXE
Under Maintenance
Harga Asal
RM 200 – RM 230 sehari
Harga Promosi
Peta Lokasi & Kemudahan

SYAMILLE AGRO FARM & RESORT
Lot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu,
Kampung Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah,
33020 Kati, Kuala Kangsar,
Perak, Malaysia.