Mengenai Agrofarm

Ditubuhkan sebagai agrofarm sebelum menjadi agropelancongan, Syamille Agrofarm & Resort mengambil kelebihan ini bagi memberi impak yang lebih kuat kepada pengunjung.Dengan mengadaptasi Sistem Intregasi Sifar Kumbahan (Zero Waste Intergration System), ianya digunakan sepenuhnya bagi menyediakan kawasan yang mesra alam. Antara yang terdapat di Agrofarm kami:
Kambing
Terdapat lebih 800 ekor kambing yang terdiri daripada spesis Boer, Cashmere dan Dorper (Biri-biri). Ia ditempatkan di 5 buah kandang direka khas dan juga sebuah hospital bagi rawatan yang diperlukan. Sisa kumbahan kambing ini juga boleh dikumpul untuk dijadikan baja organik. Syamille Agrofarm juga menempatkan kambing berkualiti tinggi yang berjaya memenangi pertandingan kualiti. Lawatan ke sini pastinya membuka mata pengunjung tentang penternakan kambing secara komersial.
Lembu
Menempatkan 25 ekor lembu.Spesis yang dijaga ialah Freisian Holstein dan juga Angus. Freisian Holstein dikenali sebagai Lembu Susu dan Angus dikenali sebagai Lembu Daging.
Rusa
Syamille Agrofarm juga menternak rusa hutan.Bermula dengan 3 ekor, kini terdapat 23 ekor rusa terpelihara di agrofarm ini.
Lebah
Dengan 32 kotak sarang, penternakan lebah madu merupakan tambahan yang unik di Syamille Agrofarm.
Ayam Kampung
Terdapat kira-kira 120 ekor ayam kampung yang diternak untuk dijual.Ternakan dijaga secara tradisional bagi memenuhi pasaran ayam kampung yang kian meningkat.
Beraneka Buahan
Di Syamille Agrofarm, kami menanam berbagai jenis buah-buahan bermusim dan ianya boleh dinikmati bersama pengunjung yang menetap di penginapan kami. Antara buah-buahan yang ada ialah:
Cempedak, Nangka, Limau nipis, Dokong, Mata kucing, Durian, Rambutan, Langsat, Kelapa muda, Limau madu, Belimbing dan Jambu batu.
-
2011-10-28
Laman Web Syamille Dilancarkan
baca selebihnya -
2011-10-27
Perkhidmatan Online Booking
baca selebihnya -
2011-10-26
Informasi Maahad Tahfiz dikemaskini
baca selebihnya

Pejabat Syamille Agrofarm & Resort dibuka setiap hari daripada pukul 8 pagi hinggalah 7 petang, kecuali pada hari cuti umum.
Walau bagaimanapun tempahan boleh dibuat melalui telefon ataupun secara online setiap hari.
Sila lihat laman Hubungi Kami untuk maklumat lanjut.
Sangat menarik kalau boleh dijadikan tempat berkumpul ahli keluarga, macam Family Day. Padang pun ada.
Tempat yang cantik, aman damai. Lainkali boleh bawa keluarga datang sini.
tempat ini sangat menarik dan cantik
Saya suka tempat ini
A very nice and natural farm house to visit. Keep up the good work.
The best eco resort i ever visit! All the best.
sejuk mata memandang dan mempesonakan...
Panorama yang indah... WOW!
Sangat menarik berciri asli
Cukup klasik dan antik!
suasana kat Syamille Agrofam memang best giler!!sangat rugi kalau anda tiba ke K.Kangsar tp tak singgah..MENYESAL!
Been there for 2 days, what should i say..syamille agrofarm and resort touched my heart..thanks.
Been there with my parents & hubby, bestnya suasana. Kena Datang Lagi!
I prefer beach resort than jungle resort but Syamille Resort has changed my preference. I really enjoyed every moment spent there.















