Promosi Istimewa
Atas permintaan dan juga sambutan yang begitu memberangsangkan daripada para tetamu, promosi untuk bilik keluarga di teruskan khas untuk tetamu yang bakal berkunjung ke tempat kami untuk sama-sama menikmati kehijauan dan keindahan alam semulajadi.
Bilik keluarga ini dilengkapi dengan satu katil saiz Queen dan satu katil single, pancuran air panas,kipas siling, almari, TV. Bilik ini mampu memuatkan seramai 5-6 orang dalam satu bilik. Ia memang sesuai untuk seisi keluarga bersama-sama merehatkan diri sambil merapatkan hubungan kekeluargaan.
Jadi,jangan lepaskan peluang ini hanya dengan RM 180 sahaja.
Anda pasti berpuas hati dengan keindahan dan kesegaran di resort kami.
Ayuh!
Kafeteria kami bakal dibuka
Kami bakal membuka kembali kafeteria kami setelah selesai urusan pengubah suaian pada akhir Mac ini.Kami akan menyediakan makanan Ala Carte dan Buffet yang istimewa untuk pengunjung dan juga para tatamu sambil menikmati suasana dan panorama semulajadi di kawasan Syamille AgroFarm & Resort.
Andi pasti berpuas hati dan tidak akan dapat melupakan setiap detik anda berada di sini!
Bercuti bersama alam
Syamille Agrofarm & Resort menjanjikan pengalaman percutian yang pasti lain daripada lain. Dengan menawarkan penginapan yang dibina tanpa menganggu keindahan alam semulajadi sebagai focus percutian, pasti ianya menjadi satu pakej yang menakjubkan bagi penunjung.Sungai semulajadi, hutan dara, air terjun, serta kehijauan dan keheningan alam baik flora mahupun fauna, berada di tangan pengunjung untuk dinikmati bersama.
Terletak di pinggir kaki Bukit Kati, Perak Darul Ridzuan, Syamille Agrofarm & Resort menyediakan kemudahan ini bagi semua golongan, daripada pengunjung yang ingin bercuti bersama keluarga, pencinta alam yang menghargai alam semulajadi, sehinggalah mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan ibu kota. Selain daripada itu, pengunjung yang mencintai aktiviti sukan luar akan mendapati Syamille Agrofarm & Resort sebagai destinasi paling sesuai untuk memenuhi minat mereka itu. Apa yang pasti, Syamille Agrofarm & Resort merupakan satu percutian yang ideal untuk ketenangan dan dalam masa yang sama berpotensi memberikan cabaran.
Selamat Datang ke Syamille Agrofarm & Resort.
Layarilah website ini untuk maklumat yang lebih lanjut
-
2012-05-14
penggambaran tv drama Ramadan Adik-Adikku
baca selebihnya -
2012-03-22
Pengambaran TV
baca selebihnya -
2012-03-22
Rancangan Motivasi Pagi
baca selebihnya -
2011-10-28
Laman Web Syamille Dilancarkan
baca selebihnya -
2011-10-27
Perkhidmatan Online Booking
baca selebihnya -
2011-10-26
Informasi Maahad Tahfiz dikemaskini
baca selebihnya

Pejabat Syamille Agrofarm & Resort dibuka setiap hari daripada pukul 8 pagi hinggalah 7 petang, kecuali pada hari cuti umum.
Walau bagaimanapun tempahan boleh dibuat melalui telefon ataupun secara online setiap hari.
Sila lihat laman Hubungi Kami untuk maklumat lanjut.
serius saya rasa tiada tempat yang dapat menandingi tempat ini.
rasa nak duduk sini lama-lamabaru tgk web belum lg smpi dh terasa kedamaiannya InsaYallah pasti jejak ke tpt ni.....
Sangat menarik kalau boleh dijadikan tempat berkumpul ahli keluarga, macam Family Day. Padang pun ada.
Tempat yang cantik, aman damai. Lainkali boleh bawa keluarga datang sini.
tempat ini sangat menarik dan cantik
Saya suka tempat ini
A very nice and natural farm house to visit. Keep up the good work.
The best eco resort i ever visit! All the best.
sejuk mata memandang dan mempesonakan...
Panorama yang indah... WOW!
Sangat menarik berciri asli
Cukup klasik dan antik!
suasana kat Syamille Agrofam memang best giler!!sangat rugi kalau anda tiba ke K.Kangsar tp tak singgah..MENYESAL!
Been there for 2 days, what should i say..syamille agrofarm and resort touched my heart..thanks.
Been there with my parents & hubby, bestnya suasana. Kena Datang Lagi!
I prefer beach resort than jungle resort but Syamille Resort has changed my preference. I really enjoyed every moment spent there.



