Mengenai Resort / Tempahan
PENGINAPAN (wifi available)
Kemudahan Penginapan yang terdapat di sini:
Ingin merasai kehidupan mewah di tengah hutan?
Dengan villa yang tersergam indah di Syamille Agrofarm & Resort, pengunjung akan terpegun dengan hiasan luaran serta dalaman villa ekslusif ini. Kebanyakan perabot dan hiasan berasal daripada serata dunia dan merupakan koleksi peribadi pengasas, Tuan Haji Zainuri. Ianya dibina secara pasak dan menggunakan kayu serta batu yang sangat kukuh.
Villa ini mempunyai 3 bilik tidur iaitu 1 bilik utama dan 2 bilik berkembar serta 2 bilik air yang dilengkapi dengan pancuran air panas.Dengan bercirikan kayu-kayuan, pengunjung dijamin dapat merasa betapa klasiknya berada di dalam villa ini sejurus memasukinya. Terdapat ruang tamu di tengah villa untuk bersantai bersama keluarga dimana pengunjung boleh menatap dan menghargai koleksi-koleksi antik. Balkoni yang luas dan dek pemandangan yang menghadap hutan dan sungai memberi satu pemandangan yang istimewa. Dapur mini yang berada di tingkat bawah villa berkesinambungan dengan anak sungai Lata Perahu di mana pengunjung boleh bermain di gigi air.
- Unit Sedia Ada: 3 unit
- Kemudahan: 1 katil Queen size dan 1 katil single size,kipas siling,TV,Pancuran air panas,almari.
- Memuatkan: 2 dewasa 3 kanak-kanak
- Harga: RM250 per bilik semalaman
Biliknya yang luas dilengkapi dengan kipas siling mendinginkan lagi udara bersih sekitar Syamille Agrofarm & Resort.Lampu garam batu disediakan pada setiap bilik untuk meneutralkan udara. Rehatkan diri dengan selesa di atas katil yang diperbuat daripada buluh dan tilam getah semula jadi.Setiap bilik air diliputi oleh kepingan batu semulajadi serta dilengkapi dengan pancuran air panas atau sejuk untuk menyegarkan pengunjung setiap pagi atau selepas aktiviti menarik. Bilik ini dilengkapi dengan 3 biji katil dan juga sebuah TV.
Di antara dua bilik chalet, pengunjung boleh bersantai di atas kerusi buluh yang terletak di patio, mungkin membaca atau menghirup minuman kegemaran atau juga berbual bersama rakan dan keluarga. Keindahan taman tropikal disekeliling chalet ini dikuatkan lagi dengan deruan merdu sungai kerana chalet ini sebenarnya ditempatkan di sepanjang persisirannya.
- Unit Sedia Ada: 10 unit
- Kemudahan: 3 Katil Single, Kipas Siling, TV, Pancuran Air Panas, Lampu Garam, Patio, Kerusi Rehat.
- Memuatkan: 3-4 orang satu bilik.
- Harga: RM150 per bilik semalaman
Terdapat 4 bilik asrama di mana setiap satunya mampu disediakan 10 buah katil. Bilik asrama dilengkapi dengan katil bujang dan tilam yang berkualiti tinggi. Setiap asrama dilengkapi dengan bilik air sendiri dan juga pancuran air panas. Penginapan asrama ini sesuai untuk program sekolah atau korporat, perjumpaan keluarga dan sebagainya.
Terdapat ruang rehat di antara asrama dilengkapi dengan TV bagi berehat dan bersantai beramai-ramai. Segala kelengkapan ini adalah bertujuan agar anda dapat berehat dengan selesa selepas penat melakukan akviti seharian walapun di dalam bentuk asrama.
- Unit Sedia Ada: Asrama
- Kemudahan: 4 unit
- Memuatkan: 10-12 orang satu asrama.
- Harga: RM240 per asrama semalaman.
Kemudahan Lain
- Kafe & Reception :
Urusan tempahan dan sewa menyewa dijaga oleh petugas yang mesra. Pengunjung juga boleh membeli makanan dan minuman ringan di sini.
- Dewan :
Untuk seminar, kursus mahupun perjumpaan keluarga serta keramaian. Dewan ini dilengkapi dengan pentas dan boleh memuatkan sehingga 60 orang pada satu masa.
Harga: RM200 sehari..
- Kursus Sistem iaitu P.A, Papan Putih Berelektronik dan Projektor:
Untuk melengkapkan kegunaan dewan, pengunjung boleh menyewa sistem ini bersama dewan.
Harga: RM550 sehari..
- Lihat Gambar
- . :
Harga: .
- .
Harga ..
- Dewan lengkap dengan Kursus Sistem
Harga RM750 sehari..
- Restoran :
Bersama menikmati hidangan panas seisi keluarga.
Harga: Bergantung kepada harga pakej yang anda pilih. .
Surau
Kemudahan surau disediakan untuk pengunjung yang ingin solat berjemaah.
ATV, Basikal Lasak, Kenderaan 4WD
Sila dapatkan maklumat di kaunter resepsi atau email kepada kami.
-
2013-01-28
Karnival Santai Cuti cuti Gerik
baca selebihnya -
2012-10-11
penggambaran telemovie
baca selebihnya -
2012-05-14
penggambaran tv drama Ramadan Adik-Adikku
baca selebihnya -
2012-03-22
Pengambaran TV
baca selebihnya -
2012-03-22
Rancangan Motivasi Pagi
baca selebihnya -
2011-10-28
Laman Web Syamille Dilancarkan
baca selebihnya -
2011-10-27
Perkhidmatan Online Booking
baca selebihnya -
2011-10-26
Informasi Maahad Tahfiz dikemaskini
baca selebihnya

Pejabat Syamille Agrofarm & Resort dibuka setiap hari daripada pukul 8 pagi hinggalah 7 petang, kecuali pada hari cuti umum.
Walau bagaimanapun tempahan boleh dibuat melalui telefon ataupun secara online setiap hari.
Sila lihat laman Hubungi Kami untuk maklumat lanjut.
serius saya rasa tiada tempat yang dapat menandingi tempat ini.
rasa nak duduk sini lama-lamabaru tgk web belum lg smpi dh terasa kedamaiannya InsaYallah pasti jejak ke tpt ni.....
Sangat menarik kalau boleh dijadikan tempat berkumpul ahli keluarga, macam Family Day. Padang pun ada.
Tempat yang cantik, aman damai. Lainkali boleh bawa keluarga datang sini.
tempat ini sangat menarik dan cantik
Saya suka tempat ini
A very nice and natural farm house to visit. Keep up the good work.
The best eco resort i ever visit! All the best.
sejuk mata memandang dan mempesonakan...
Panorama yang indah... WOW!
Sangat menarik berciri asli
Cukup klasik dan antik!
suasana kat Syamille Agrofam memang best giler!!sangat rugi kalau anda tiba ke K.Kangsar tp tak singgah..MENYESAL!
Been there for 2 days, what should i say..syamille agrofarm and resort touched my heart..thanks.
Been there with my parents & hubby, bestnya suasana. Kena Datang Lagi!
I prefer beach resort than jungle resort but Syamille Resort has changed my preference. I really enjoyed every moment spent there.

