Mahaad Tahfiz
LATAR BELAKANG MA’HAD TAHFIZ AN NURI
Ma’had Tahfiz AnNuri telah didaftarkan pada 08 Mei 2009 atas nama Ma’had Tahfiz AnNuri Sdn.Bhd (856229V). Beroperasi di alamat Lot 3750, Kampung Lata Perahu, Mukim Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar, Perak, Ma’had Tahfiz AnNuri diasaskan oleh Tuan Haji Mohd Zainuri Bin Mohd Idrus bersama adik beradik beliau di atas tanah ladang yang berkeluasan 4.8 hektar (12 ekar) atau lebih dikenali sebagai Syamille Agro Farm & Resort.
Pusat Tahfiz Al-Quran ini dikelilingi dengan suasana panaroma yang begitu indah dan penuh ketenangan, pokok-pokok yang redup menghijau, taman bunga, tasik dan kesejukan air terjun yang mendamaikan fikiran. Selain itu terdapat juga kebun sayur-sayuran, ternakan kambing ,rusa dan kicauan burung yang semestinya meyeronokkan. Ianya sekaligus memberikan ketenangan bagi anak-anak yang ingin menghafaz Al-Quran juga mempelajari kemahiran hidup seperti teknik bercucuk tanam, penternakan dan sebagainya.
Pusat Tahfiz AnNuri menawarkan pendidikan percuma dan tidak mengenakan sebarang yuran pengajian. Dengan harapan mereka dapat menghafaz Al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, agama dan akademik dengan lebih sempurna (Insya Allah), hasrat kami ialah ingin membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi meneruskan pengajian mereka, yang terdiri dari kalangan anak-anak yatim piatu, fakir dan miskin.
Disini kami memperkenalkan kaedah Hafazan Quran dari Negara Turki, yang merupakan salah satu kaedah sistematik dan berkesan. Insya Allah pelajar-pelajar disini akan dibimbing oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang pendidikan dan kelulusan seperti Tahfiz Quran Darul Tuba (Kaedah Hafazan Turki), Universiti Al-Azhar Mesir, Darul Quran JAKIM dan Universiti Islam Yaman.
Ma’had Tahfiz AnNuri mempunyai kelengkapan yang sempurna dan selesa seperti chalet, asrama pelajar, surau, dewan makan, dewan belajar, dan kawasan riadah. Sehingga kini sudah terdapat 10 orang pelajar yang menuntut di Ma’had Tahfiz AnNuri.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
• Melahirkan generasi Al-Quran yang unggul dan berakhlak Al-Quran.
• Melahirkan insan yang memakmurkan dunia dengan cahaya Al-Quran.
• Menjana ahli keluarga islam yang menghayati, mengamalkan serta mengibarkan syiar islam sebagai satu cara hidup melalui anak didik yang dilahirkan dari Ma’had Tahfiz AnNuri.
• Memperkembangkan kaedah menghafaz al-Quran sistem Turki yang merupakan kaedah yang lebih mudah, menarik dan berkesan.
• Membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pengajian dengan memberi keutamaan kepada pendidikan Al-Quran dan agama.
ORGANISASI PENTADBIRAN & MAKLUMAT TENAGA PENGAJAR
PENAUNG
Syamille Agro Farm & Resort Sdn. Bhd.
PENASIHAT
Tuan Haji Mohd Zainuri Bin Mohd Idrus
Tuan Haji Mohd Zulkfili Bin Mohd Idrus
Tuan Haji Mazlan Bin Abd Majid
MUDIR
Ustaz Wan Khairul Insanuddin Bin Wan Abd Razak
Kelulusan Akademik:
• Ma’had Darul Quran, Marang Terengganu
• Universiti Sains & Teknologi, Sanaa Yaman Kuliah Tarbiyyah Islamiyyah
• Institut Pengajian Islam Al-Razi, Pulau Pinang
• University Al-Azhar Mesir: Pengajian Islam Dan Bahasa Arab
GURU HAL EHWAL PELAJAR
Ustaz Mohd Ajwad Bin Che Man
Kelulusan Akademik:
• Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Tangkak Johor
• Sek Men Agama At-Tanwiriah, Muar Johor
• Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor
GURU HAL EHWAL AKADEMIK
Ustaz Akmal Bin Jamaluddin
Kelulusan Akademik:
• Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Tangkak Johor
• Akademi Pengajian Islam Dan Dakwah, Manjung Perak
• Universiti Sains & Teknologi , Sanaa Yaman Kuliah Syariah Islamiyyah
GURU KANAN AL-QURAN
Ustaz Abdul Karim Bin Ayob
Kelulusan Akademik:
• Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Tangkak Johor
• Madrasah Ad-Diniyyah Al-Bakriyyah (Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan)
SUKATAN AKADEMIK
• Kelas Kelancaran Al-Quran (Bacaan Fasih Dan Tartil 10 Kali Khatam)
• Kelas Tahfiz Al-quran Kaedah Hafazan Turki
• Kelas Mata Pelajaran Diniyyah (Feqah, Tauhid, Hadis, Tajwid, Sirah, Bahasa Arab, Akhlak , Jawi )
• Mata Pelajaran Akademik (Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik Dan Sains)
• Bengkel Kemahiran Hidup (Bercucuk Tanam, Chef Masakan , Penternakan Dan Pertukangan)
KOKURIKULUM
• Solat Dhuha
• Qiamullail
• Latihan Perkaderan Islam(Imam Solat,Berkhutbah,Tazkirah, Kursus Pengurusan Jenazah)
• Riadah
• Rehlah Tarbawi
• Usrah
• Kelab Keusahawanan
• Kelab Nasyid
• Aktiviti Kemasyarakatan
-
2011-10-28
Laman Web Syamille Dilancarkan
baca selebihnya -
2011-10-27
Perkhidmatan Online Booking
baca selebihnya -
2011-10-26
Informasi Maahad Tahfiz dikemaskini
baca selebihnya

Pejabat Syamille Agrofarm & Resort dibuka setiap hari daripada pukul 8 pagi hinggalah 7 petang, kecuali pada hari cuti umum.
Walau bagaimanapun tempahan boleh dibuat melalui telefon ataupun secara online setiap hari.
Sila lihat laman Hubungi Kami untuk maklumat lanjut.
Sangat menarik kalau boleh dijadikan tempat berkumpul ahli keluarga, macam Family Day. Padang pun ada.
Tempat yang cantik, aman damai. Lainkali boleh bawa keluarga datang sini.
tempat ini sangat menarik dan cantik
Saya suka tempat ini
A very nice and natural farm house to visit. Keep up the good work.
The best eco resort i ever visit! All the best.
sejuk mata memandang dan mempesonakan...
Panorama yang indah... WOW!
Sangat menarik berciri asli
Cukup klasik dan antik!
suasana kat Syamille Agrofam memang best giler!!sangat rugi kalau anda tiba ke K.Kangsar tp tak singgah..MENYESAL!
Been there for 2 days, what should i say..syamille agrofarm and resort touched my heart..thanks.
Been there with my parents & hubby, bestnya suasana. Kena Datang Lagi!
I prefer beach resort than jungle resort but Syamille Resort has changed my preference. I really enjoyed every moment spent there.


