Pelita Klasik Menerangi, Mengindahkan Suasana
Main Banner
Kafé - Suasana dalam rimba
Sila Pilih:
Dari:
Hingga:
Tetamu: Unit:

Mengenai Kami

Pada awalnya dibina sebagai hobi dan tempat percutian peribadi, Syamille Agrofarm & Resort merasakan pengalaman dan ketenangan bercuti di pinggir kaki bukit hutan dara ini perlu dikongsi bersama. Apa yang bermula sebagai tempat ladang agrikultur dan penternakan persendirian, sedikit demi sedikit menjadi percutian berinspirasikan alam semulajadi. Penginapan demi penginapan mula dibina sekitarnya tanpa mengusik lumrah alam sehinggalah akhirnya dibuka untuk semua pengunjung. Hasilnya, satu siri percutian yang baru lagi unik terbentuk, dikenali sebagai agropelancongan. Syamille Agrofarm & Resort dibina berdasarkan konsep elemen asas semulajadi, iaitu kayu dan batu, dengan sentuhan granit yang merupakan arkitektual moden dan juga landskap tradisional melengkapkan kawasan unik ini. Selebihnya merupakan ketakjuban alam semulajadi yang tidak terusik dan eksotik.

Syamille AgroFarm & Resort

Satu lagi konsep penting yang diterapkan ialah guna semula. Kayu landasan keretapi lama digunakan secara meluas, sebagai sebahagian daripada bangunan hinggalah ke lorong laluan. Kayu Ulin (Ironwood) juga antara bahan penting yang dipakai, daripada pintu lama antik yang diguna semula hinggalah ke tiang penyokong binaan.

Selain itu di Syamille Agrofarm & Resort, pengunjung boleh melawat haiwan ternakan yang terdapat disini. Antara fauna yang ada terdiri daripada haiwan berkaki empat seperti kambing dan rusa,kami juga mempunyai kandang arnab,sangkar burung kuang,merpati,nuri dan burung cinta.Kami juga mempunyai kolam ikan berhadapan restoran kami.Ianya seperti sebuah mini

Zoo di mana pengunjung dapat melihat sendiri secara dekat sambil mempelajari tentang kehidupan alam.Selain itu kami juga mempunyai nursery ros.Kami menjual bunga ros,baja kompos dan madu kelulut.Madu kelulut adalah asli dari ladang ini.

Misi Syamille Agrofarm & Resort yang terpenting ialah untuk mencapai kecemerlangan melalui kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan. Maka tidak hairanlah sekiranya pengunjung mendapati percutian mereka sangat berkualti dan menyelesakan walaupun berada di tengah hutan kerana Syamille Agrofarm & Resort telah menemukan cara untuk menyokong misi tersebut dengan berpandukan falsafah "Keindahan semula jadi, perlu dikekalkan".

Syamille AgroFarm & Resort

Pejabat Syamille Agrofarm & Resort dibuka setiap hari daripada pukul 8 pagi hinggalah 7 petang, kecuali pada hari cuti umum.

Walau bagaimanapun tempahan boleh dibuat melalui telefon ataupun secara online setiap hari.

Sila lihat laman Hubungi Kami untuk maklumat lanjut.

  • serius saya rasa tiada tempat yang dapat menandingi tempat ini.
    rasa nak duduk sini lama-lama

    Mustaqim (Perlis)

  • baru tgk web belum lg smpi dh terasa kedamaiannya InsaYallah pasti jejak ke tpt ni.....

    ishak hussein

  • Sangat menarik kalau boleh dijadikan tempat berkumpul ahli keluarga, macam Family Day. Padang pun ada.

    AD

  • Tempat yang cantik, aman damai. Lainkali boleh bawa keluarga datang sini.

    Shana

  • tempat ini sangat menarik dan cantik

    Akmal Azlan

  • Saya suka tempat ini

    Raja Zetty Nadrah

  • A very nice and natural farm house to visit. Keep up the good work.

    Gillbert Kong

  • The best eco resort i ever visit! All the best.

    Kenny Ong

  • sejuk mata memandang dan mempesonakan...

    Norehan

  • Panorama yang indah... WOW!

    Mohd Azuan Alip

  • Sangat menarik berciri asli

    Raja Ahmad Shah

  • Cukup klasik dan antik!

    Norlaila Abd Wahab

  • suasana kat Syamille Agrofam memang best giler!!sangat rugi kalau anda tiba ke K.Kangsar tp tak singgah..MENYESAL!

    Rox

  • Been there for 2 days, what should i say..syamille agrofarm and resort touched my heart..thanks.

    Ishak Azhar

  • Been there with my parents & hubby, bestnya suasana. Kena Datang Lagi!

    Rasyena

  • I prefer beach resort than jungle resort but Syamille Resort has changed my preference. I really enjoyed every moment spent there.

    Nadlan

© Copyright 2011- 2012 www.syamille.com.my | All Rights Reserved.
Developed By:ModernMindMechanics.Com